Peringkat Saringan

  • Kuiz ASEAN secara atas talian
  • 30 soalan aneka pilihan, 10 soalan betul/salah, 1 slogan (tidak melebihi 25 patah perkataan), masa diberi 30 minit untuk menjawab semua soalan. Soalan disediakan di dalam Bahasa Malaysia.
  • Peserta boleh akses soalan melalui URL yang akan diberi melalui emel.
  • 30 Peserta dengan markah tertinggi dan slogan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.
  • Tarikh pertandingan : April 2015

Peringkat Separuh Akhir

  • Tiga Puluh (30) peserta terbaik peringkat saringan akan bertanding di peringkat separuh akhir berkonsepkan TED Talks (Pengucapan awam)
  • Tajuk akan diberi lebih awal, masa menyampaikan pidato sekitar 10 minit. Sesi Ted Talks dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
  • Pertandingan akan diadakan di Putrajaya (cadangan).
  • 10 Peserta dengan markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir.
  • Tarikh pertandingan : Mei 2015

Peringkat Akhir

  • Sepuluh (10) peserta terbaik peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir berkonsepkan TED Talks.
  • Tajuk akan diberi lebih awal, masa menyampaikan pidato sekitar 10 - 15 minit. Sesi Ted Talks dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
  • Pertandingan akhir akan diadakan di Putrajaya (cadangan).
  • Tarikh pertandingan : Mei 2015

Hadiah Yang Ditawarkan

Johan
Wang tunai RM 2,500.00
Trofi
Gajet Komunikasi
Sijil Penyertaan
Naib Johan
Wang tunai RM 1,500.00
Trofi
Gajet Komunikasi
Sijil Penyertaan
Ketiga
Wang tunai RM 1,000.00
Trofi
Gajet Komunikasi
Sijil Penyertaan
Keempat & Kelima
Wang tunai RM 750.00
Trofi
Netbook SKMM
Sijil Penyertaan
Saguhati 6-10
Wang tunai RM 300.00
Netbook SKMM
Sijil Penyertaan

* Sijil Penyertaan diberikan kepada semua peserta di peringkat saringan

Syarat-Syarat Penyertaan & Pendaftaran

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penyertaan dibuka kepada semua BELIA warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
  3. Tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri.
  4. Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian di Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia iaitu www.penerangan.gov.my bermula pada 1 Mac 2015 - 15 April 2015 secara atas talian sahaja.
  5. Peserta wajib mempunyai emel sendiri.
  6. Semua peserta bertanding atas nama individu.
  7. Peserta adalah digalakkan menjawab soalan menggunakan PC atau laptop. Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, semasa menjawab soalan peserta dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan kerana ia akan menyebabkan talian terputus dan peserta perlu menjawab semula soalan bermula dari nombor 1. Penganjur TIDAK bertanggungjawab jika perkara ini berlaku.
  8. Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh urus setia dari semasa ke semasa.
  9. Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  10. Keputusan panel Juri adalah MUKTAMAD.